Jumaat, 11 Mei 2007

Detik Permulaan..


Assalamualaikum semua!

Pertama sekali, Sis nak ucapkan jutaan terima kasih pada semua yang menghantar pertanyaan mengenai kecantikan pada Sis melalui majalah top Malaysia - Remaja.


Bermula 1 Februari 2007, Sis memiliki satu ruangan untuk pembaca Remaja mengajukan pelbagai soalan, mengenai kecantikan, dan ada juga yang turut menghantar email dan surat bertanyakan pelbagai soalan lain, termasuk masalah peribadi.


Setakat ini, Sis mengucapkan jutaan terima kasih kepada remaja berikut, kerana menghantar email bertanyakan soalan melalui keluaran Remaja Februari, Mac, April dan Mei 2007.

Februari

  1. Anom dari Johor

  2. Gadis Runsing Shah Alam

  3. Dewi Parit Buntar

Mac

  1. Haz, Kelantan

  2. Wawa, Seremban

April

  1. Gadis Sirna, Selangor

  2. Syura, KL

  3. Fairil

Mei

  1. Zaza, Perak

  2. Iza, Tapah Perak

  3. Nurul, Brickfield
Bagi soalan yang pernh disiarkan dan masih lagi tidak menerima cenderahati dari Sis, harap dapat menghubungi Sis melalui email di sisnorish@citraayu.com.my secepat mungkin!

Sis tak pernah menolak soalan peribadi dan yang tidak berkaitan kecantikan, dan Sis sedaya upaya untuk memberikan jawapan terbaik bagi soalan-soalan yang dihantar anda. Tapi Sis bukan seorang kaunselor, namun jika Sis pernah melalui pengalaman seperti yang ditanyakan, Sis akan cuba menjawabnya.


Kalau tidak, maaf ya, namun Sis yakin remaja sekarang mempunyai banyak aternatif untuk merujuk masalah anda.


Sis tak sangka, setiap hari ada sahaja email yang dihantar pada Sis. Itu belum lagi surat yang dihantar pada Sis! Kadangkala sampai tak menang tangan nak menjawab soalan yang dihantar. Jika ada yang belum dijawab, Sis ingin memohon maaf, berikan sedikit masa untuk Sis menjawab soalan anda ya.


Syukur Alhamdulillah, sebab remaja kini lebih peka terhadap kecantikan, dan beruntung kerana pelbagai medium boleh digunakan oleh remaja untuk mengetahui maklumat terkini mengenai kecantikan.


Dulu Sis tak dapat ini semua, malah Sis hanya berpandukan kepada majalah luar negara dan di situlah tercetusnya idea untuk mengeluarkan produk tempatan, bercitarasa tempatan, dan yang paling penting, sesuai dengan kulit orang kita.


Lahirlah Citra Ayu pada 1987, dan menjadi antara peneroka atau Sis lebih senang menggunakan perkataan peneraju produk penjagaan kulit di Malaysia, Singapura dan Brunei.


Sis bangga sebab Citra Ayu juga berjaya membawa satu dimensi baru kepada ramai usahawan tempatan sehingga ramai yang menjadi pemilik pelbagai jenama tempatan hari ini. Kadangkala bila melihat mereka berdiri teguh di pasaran, Sis tersenyum kerana ada antara mereka yang pernah menjadi pengedar dan stokis Citra Ayu
tulah antara sikap yang baik, cemburu untuk berjaya! Dan itulah juga kecantikan sebenar dalam diri mereka yang berkeperibadian positif.


Blog ini adalah bagi memudahkan Sis berinteraksi dengan anda semua, selain ruangan yang lebih banyak untuk Sis siarkan pelbagai soalan kerana ruangan di Majalah Remaja agak terhad. Kalau semua soalan nak disiarkan, pastinya Majalah Remaja akan ditukarkan namanya kepada Remaja Sis Norish!! J

Anda boleh mengikuti pelbagai tips dan berita terbaru mengenai produk Sis melalui blog ini, dan ohh, jangan lupa, Citra Ayu dan Remaja akan bekerjasama, menganjurkan pertandingan mencari wajah Citra Ayu dan peraduan ini khusus untuk pembaca majalah top negara, Remaja! Nantikan borangnya nanti.

Salam kecantikan dari Sis Norish, dan hari ini, jangan lupa untuk menitipkan nilai kecantikan bukan sahaja pada kosmetik tetapi dalam diri anda!

Sis Norish, Nusa Bestari, Johor Bahru