Sabtu, 16 Jun 2007

Meniti Hari


Assalamualaikum,

Hampir sebulan Sis tidak menulis di blog ini. Sis sibuk sedikit dengan pelbagai kerja. Apa tidaknya, Citra Ayu akan melancarkan imej baru tidak lama lagi, sesuai dengan perkembangan semasa. Sambil Sis sibuk dengan imej baru Citra Ayu ini, Sis dikejutkan dengan berita rampasan krim malam yang didapati boleh memudaratkan pengguna. Berikut adalah petikan daripada akhbar Harian Metro, pada Khamis 14 Jun 2007:

Krim malam ancam nyawa
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin


KUALA LUMPUR: Biarpun kimia beracun hydroquinone dan trentinoin diharamkan penggunaannya di negara ini, ramai wanita masih ghairah memilih produk kecantikan mengandungi ‘susuk moden’ itu untuk memiliki wajah putih berseri dalam tempoh singkat.Mereka tidak menyedari dengan menyapu hydroquinone dan trentinoin pada kulit muka boleh menyebabkan keradangan, koma dan sawan selain menghadapi risiko barah.Berdasarkan fakta itu, Bahagian Penguat Kuasa Farmasi, Kementerian Kesihatan tidak teragak-agak membuat serbuan terhadap syarikat yang menjual produk kecantikan mengandungi bahan kimia beracun itu.Dalam operasi besar-besaran jam 11.30 pagi semalam, 10 pegawai bahagian itu menyerbu sebuah syarikat kosmetik terkemuka di Damansara dekat sini selepas mendapat maklumat pengusahanya menjual produk kecantikan mengandungi campuran hydroquinone dan trentinoin.
Jurucakap Bahagian Penguat Kuasa Farmasi berkata, serbuan dilakukan selepas pihaknya menerima aduan beberapa mangsa yang mendakwa mengalami kesan sampingan selepas menggunakan kosmetik keluaran syarikat terbabit.Menurutnya, berdasarkan maklumat itu, pegawai penguat kuasa farmasi menyamar sebagai pembeli produk krim malam edaran syarikat terbabit sebelum menghantarnya ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.“Keputusan ujian amat memeranjatkan apabila produk krim itu disahkan mengandungi dua campuran kimia berbahaya iaitu hydroquinone dan trentinoin dalam kuantiti tinggi.“Susulan itu, kami menjalankan siasatan sebelum menyerbu pejabat syarikat terbabit di Damansara dan kilangnya di Parit Buntar, Perak, serentak,” katanya.Dalam pemeriksaan mengejut itu, pihaknya menjalankan siasatan terhadap stor syarikat itu yang terletak bersebelahan pusat membungkus produk.“Ketika serbuan, beberapa pekerja membungkus pelbagai produk kosmetik. Pihak penguat kuasa farmasi memperkenalkan diri sebelum menjalankan siasatan bagi mengesan kewujudan produk terbabit.“Pegawai penguat kuasa farmasi menemui krim malam yang siap dibungkus dalam kotak di stor syarikat berkenaan,” katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.Jurucakap itu berkata, siasatan mendapati krim terbabit dijual secara pakej sama ada ‘5 dalam 1’ atau `4 dalam 1’ bersama beberapa produk lain.“Siasatan kami mendapati kebanyakan produk lain keluaran syarikat itu dihantar untuk mendapatkan kelulusan sebelum ini bagi tujuan penjualan, namun krim terbabit tidak pernah mendapat kelulusan selain nombor pendaftaran MAL. Krim itu didapati menggunakan nombor MAL tidak sah.“Malah, siasatan terhadap kotak produk terbabit mendapati berlaku penipuan apabila pada labelnya, krim malam itu didakwa diperbuat daripada campuran vitamin A, kayu manis dan pelbagai herba tanpa memaklumkan campuran kimia hydroquinone dan trentinoin,” katanya.Katanya, tindakan itu jelas satu penipuan berikutan ribuan pengguna diperdaya kononnya produk kecantikan itu diperbuat 100 peratus daripada herba.Lebih menakutkan apabila ramai pengguna percaya krim itu yang turut diiklankan secara agresif melalui media elektronik dan cetak.“Bagaimanapun, siasatan mendapati krim itu bukan dihasilkan kilang syarikat itu di Parit Buntar, sebaliknya dihantar ‘pengedar misteri’ lain pada lewat malam,” katanya.Menurutnya, pegawai penguat kuasa farmasi turut mengumpul bukti lengkap berhubung pembekal utama krim terbabit untuk tindakan lanjut.Katanya, pihak pengurusan syarikat terbabit cuba memberi alasan kewujudan krim berkenaan hanya kesilapan teknikal.“Namun ketika serbuan dilakukan, seorang wanita yang juga pemilik dan pengasas kosmetik terbabit tiada di premis berkenaan. Berikutan itu, pegawai penguat kuasa farmasi merampas semua produk mengandungi kimia berbahaya terbabit untuk tindakan lanjut,” katanya.Menurutnya, pengusaha syarikat terbabit boleh didakwa mengikut Akta Jualan Dadah 1952 (Pindaan 2000) yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM25,000 bagi kesalahan pertama atau RM50,000 bagi kesalahan kedua.“Selain itu, dia boleh didakwa mengikut Akta Racun 1952 (Disemak 1989) yang membawa hukuman denda RM5,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya,” katanya.
Kimia beracun hydroquinone amat berbahaya berikutan ia boleh mengakibatkan gatal, perubahan warna kulit dan kulit menjadi terlalu sensitif.Ia akan menyerap ke saluran darah dalam jumlah yang besar sehingga mendatangkan pelbagai kesan seperti pertuturan yang susah difahami, pendengaran berdengung, muntah, sentakan otot, sakit kepala, sawan dan koma akibat kegagalan sistem pernafasan.Atas faktor ini, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan tidak akan mendaftar persediaan kosmetik yang mengandungi hydorquinone sejajar tindakan Kesatuan Negara Eropah (EU).Trentinoin turut diharamkan berikutan boleh menyebabkan kulit mengalami kemerahan ketara dan menggelupas tanpa sebarang peningkatan terhadap keberkesanan merawat jerawat.

Petikan dari akhbar Harian Metro, 17 Jun 2007.

Alhamdulillah, Citra Ayu tidak menggunakan sebarang bahan yang memudaratkan sebagai sebahagian dari kandungan produk kami kerana kesihatan pengguna amat dititikberatkan. Pada Sis, jika kami juga menggunakan bahan seperti itu, ia bagaikan memperdayakan pengguna dan membuat untung tanpa mengira kesan buruk dan negatif pada pengguna.
Banyak komen dari pengguna mengenai produk Citra Ayu, kesannya perlahan dan lambat namun ada juga komen yang membuat pengakuan produk Citra Ayu berkesan. Jadi, Sis pun buatlah penilaian atau analisis sendiri. Mereka yang memberikan komen bahawa produk Citra Ayu lambat berkesan terus bertukar ke produk yang cepat memberi perubahan pada wajah mereka. Hasilnya? Mereka mengalami pelbagai kesan sampingan. Kesimpulan yang Sis perolehi ialah golongan ini tidak memiliki kesabaran untuk melihat perubahan terhadap wajah mereka dan sanggup mengambil risiko merosakkan kulit mereka sendiri.

Tetapi golongan kedua, apa yang Sis dapati ialah, masa yang diambil untuk melihat perubahan terhadap wajah mereka tidaklah terlalu lama, malah disebabkan komitmen, kesabaran dan usaha berterusan mereka mengikut peraturan memakai, hasilnya, Alhamdulillah. Sebenarnya, masa yang diambil tidaklah terlalu lama. Pejam celik, pejam celik, nampak perubahan.

Kesimpulannya, sebagaimana tajuk blog Sis pada hari ini, 'Meniti Hari', sepanjang kita semua meniti hari bagi memperolehi wajah yang bersih dari rona-rona menjelikkan, elemen yang penting ialah kesabaran, komitmen serta usaha. Dan semua itu perlu juga dititipkan dengan berdoa kepada Allah SWT. Ingatlah, tiada jalan singkat bagi memenuhi impian kita. Sis sendiri mempunyai pengalaman menempuhi pelbagai dugaan dalam memenuhi impian Sis. Ibu bapa Sis selalu menasihatkan pada Sis, benda yang baik selalu pelbagai dugaan mendatang, dan berpegang pada itulah, Sis yakin setiap kesabaran itu ada ganjarannya.

Sis mengundur diri pada hari ini, Insya'allah Sis akan bertemu lagi dengan anda semua.

Wassalam.
Sis Norish,



Nusa Bestari, Johor Bahru


p/s: Ohh, jangan lupa untuk menyertai Pencarian Wajah Citra Ayu melalui majalah Remaja. Pelbagai hadiah menarik ditawarkan kepada pemenang.

Tiada ulasan: